Rutin
pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi
ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.
Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.
Jika kita diMalaysia , pasti ramai mengatakan
bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga
minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu
apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit
merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.
Oleh yang demikian,cuba tukar rutin harian anda
menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air
putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.
Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.
Jika kita di
Oleh yang demikian,
1)
Menambahkan tahan ketahanan
dalam badan
Lemon kaya dengan Vitamin C dan
juga Kalium (potassium) yang amat
diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium
mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh
yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk
dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat
baru mula berasa tekanan kerja.
2)
Keseimbangan PH
Lemon merupakan makanan berakali
tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid
sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud
sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin
tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
3)
Membantu masalah mengurangkan berat badan
Bagi mereka yang mempunyai
masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk
memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin
yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa
mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan
mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam,
amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
4)
Masalah penghadaman
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu
hati, cuba
tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati,
manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu
perjalanan sistem penghadaman anda.
5)
Pembersihan air kencing
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan
kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu
masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang
demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda
akan meningkat dan sihat.
6)
Kulit cerah dan bersih
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk
yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak
dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti
dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
7)
Mengelakkan dehidrasi
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan
sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi.
Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan.
Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan
dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan
kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan
yang membawa kepada stress.
done follow :-)
ReplyDeletetq.
ReplyDelete